MOMMIES JOM BACA TIPS MERAWAT SEMBELIT

MOMMIES JOM BACA TIPS MERAWAT SEMBELIT
----------------------------------------------------------------------
Berikut antara tips yang ibu boleh lakukan sekiranya anak sembelit.

1. Beri makanan yang mengandungi banyak kuah.
2. Banyak makan buah-buahan yang mengandungi banyak air. Pemberian makanan kaya serat, seperti buah akan lebih baik dan boleh dimakan dengan kulitnya. 
Contoh seperti buah Kurma, apel, pir, anggur.
3. Minum banyak air terutama air masak.
4. Tingkatkan juga pengambilan makanan seperti kekacang, karbohidrat kerana ia membantu meringankan sembelit.
5. Sekiranya si kecil masih minum susu ibu, kerapkan penyusuan susu ibu.
6. Kurangkan makan makanan rendah serat serta tinggi gula dan tepung.
7. Hentikan seketika pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi dan kalsium seperti kuning telur, hati ayam/lembu, daging dan keju sepanjang mengalami sembelit kerana akan membuatkan najis menjadi keras.


Rasa susah nak buat semua tips rawatan di atas. 👆
Mommies JANGAN RISAU ye, 


cubalah berikan Qaseh Junior pada anak atau baby yang SEMBELIT. InsyaAllah boleh atasi masalah sembelit.




Minum-minum Je. 
#Qasehjunior

wasap saya untuk dapatkan segera
www.wasap.my/60177979454/NakJunior



Resah Seorang Ibu

Resah seorang ibu 😢.

Haiii... anak susah buang air besar pun nak susah hati jugak ke?

Yalah.. itulah sebenarnya jiwa seorang ibu. Tengok anak menangis-nangis sebab tak berjaya 'membuang' memang meruntun hati kita kan 😢.

Isu sembelit di kalangan anak-anak kadangkala nampak remeh. Tapi sebenarnya anak-anak kita menanggung kesakitan dan ketidakselesaan yang mungkin membahayakan andai dibiarkan berpanjangan 😱.

Mommies yang ada masalah anak-anak sembelit sebenarnya boleh berikhtiar dengan #QasehGoldJunior.



Qaseh Gold Junior mengandungi serat tak larut daripada kurma asli yang boleh membantu melawaskan pembuangan insya Allah. Alhamdulillah ramai ibu jadi gembira sebab anak-anak dah dapat 'membuang' dengan lega 😍.

Berminat mendapatkan Qaseh Gold Junior? Boleh hubungi saya
www.wasap.my/60177979454/NakJunior


Kawan-kawan nak tahu KELEBIHAN QASEH GOLD JUNIOR?

Kawan-kawan nak tahu KELEBIHAN QASEH GOLD JUNIOR?

1.Meningkatkan keupayaan SISTEM IMUN tubuh kanak-kanak daripada ancaman penyakit

2.Menyokong TUMBESARAN fizikal dan mental kanak-kanak untuk kanak-kanak kekal aktif dan ceria

3.Mencerdaskan MINDA kanak-kanak agar keupayaan berfikir dengan lebih baik.

4.Membina KEKUATAN TULANG dan GIGI disamping menyokong kesihatan sistem saraf dan fungsi otot serta mengatasi keletihan.

5.Membekalkan TENAGA harian untuk kanak-kanak agar terus bertenaga untuk belajar dan bermain.

Ramuan Qaseh Gold Junior















Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Proses ini tidak selalunya terus-menerus berkembang tetapi adakalanya maju ke hadapan dan ada kalanya pula menyusut perkembangan kognitif dan bahasanya.



Peringkat Pembesaran

Sebagai pengaruh terbesar di dalam hidup anak, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:
  • Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
  • Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
  • Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif;
  • Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.
Selain itu, persediaan amat penting untuk menerima perubahan mengagumkan anak anda, dari seorang bayi kepada kanak-kanak kecil. Ini membolehkan anda membantunya mencapai kebolehan maksimumnya dalam empat bidang kepintaran pada setiap peringkat perkembangan.


Belajar Sambil Bermain

Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya.

Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:
  • Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.
  • Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.
  • Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.
  • Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.
  • Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.
  • Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.


Bayi Baru Lahir Hingga 4 Bulan

Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.

Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.


Bayi 4 Bulan Hingga 6 Bulan 

Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.

Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
  • Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
  • Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.


Bayi 6 Bulan Hingga 1 Tahun

Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
  • Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
  • Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.
  • Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.
Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara.

Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.

Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.

Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.

 

Mengapa Kanak-Kanak Di Jepun Paling Sihat

Satu kajian kesihatan telah dilakukan di seluruh dunia dan telah diterbitkan di dalam The Lancet mendapati yang jika anak anda dilahirkan di Jepun, mereka bukan sahaja mempunyai kesihatan yang baik malah gaya hidup yang sihat.

Ini kerana, di kala bilangan obesiti dikalangan kanak-kanak meningkat naik diseluruh dunia, bilangan obesiti di Jepun bukan sahaja rendah, malah dalam kadar menurun.

Apakah rahsia mereka? Sebagai ibu bapa, tidakkah anda juga ingin tahu?

Seorang penulis dari Reader’s Digest, Naomi Moriyama telah menemu ramah beberapa pakar nutrisi dan doktor dan telah meringkaskan kepada tujuh langkah praktikal yang boleh diamalkan oleh para ibu bapa.

Menjadikan Masa Makan Bersama Keluarga Lebih Memuaskan

Jepun sangat terkenal dengan makanan mereka yang mengenyangkan dan penuh dengan nutrien berkhasiat tinggi.

Jika anda memenuhi keperluan badan anda dengan bahan yang bagus, secara semula jadi, badan anda tidak akan ‘teringin’ bahan makanan yang tidak sihat.

Ini kerana, badan anda sudah tidak mempunyai ruang untuk ‘junkfood’.

Ini bukanlah bermakna anda harus makan rumpai laut, sushi dan tauhu seperti orang Jepun.
Tetapi, ubah suai sedikit tabiat makan keluarga menjadi lebih sihat. Lebihkan makanan yang rendah kalori, serta tinggi nutrien.

Contohnya banyakkan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijiran dan lemak sihat.

Pemakanan yang bercorak rendah kalori tetapi tinggi nutrien ini akan membantu mengurangkan risiko obesiti dan risiko mendapat penyakit.

Satu lagi rahsia orang Jepun ialah, mereka lebih memilih nasi dari beras Jepun berbanding roti atau pasta.

Galakkan Anak Anda Untuk Menikmati Manisan Atau Snek Secara Terkawal 

Selera anak sentiasa berubah-ubah. Boleh jadi hari ini mereka sukakan sesuatu makanan, namun bertukar menjadi tidak suka keesokannya.

Di sinilah ibu bapa memainkan peranan penting untuk memandu mereka ke arah pemakanan yang lebih sihat.

Di dalam proses anak anda ‘mencari’ makanan yang digemari mereka, berikan mereka pilihan yang sihat dan pelbagai.

Dengan memberi mereka pilihan makanan yang sihat, mereka akan memilih untuk suka pilihan makanan yang sihat juga akhirnya.

Tetapi jangan sehingga memaksa, teruskan memberi mereka pilihan dari pelbagai jenis makanan yang sihat.

Tukarkan Pinggan Makan Ala Jepun

Perasan atau tidak, kebanyakan restoran mempunyai saiz hidangan yang sangat besar.

Ini menyebabkan kita makan lebih dari kuantiti yang sepatutnya tanpa sedar. Tetapi bagaimana kita boleh mendapat kuantiti yang sepatutnya?

Sebenarnya, mudah sahaja, iaitu dengan menyimpan pinggan besar anda dan tukarkan kepada pinggan yang bersaiz lebih kecil seperti pinggan salad.

Pinggan yang diameternya hanya di dalam lingkungan empat hingga enam inci. Juga menggunakan mangkuk yang lebih kecil.

Dengan menggunakan saiz pinggan dan mangkuk yang lebih kecil, ia sebenarnya membantu seseorang mengambil makanan dengan lebih sedikit tanpa sedar.

Dan mengikut ajaran orang Jepun, walaupun di dalam pinggan yang kecil, jangan terlepas mengambil sayuran dan buahan!

Biarkan Mereka Berlari Dan Melompat 

Di era teknologi ini, memang sukar untuk menjauhkan mereka dari gajet, namun kanak-kanak sebenarnya memerlukan minimum 60 minit sehari untuk melakukan aktiviti fizikal.


Kunci utamanya ialah menjadikannya SERONOK!

Cuba sama-sama berjalan menghantar anak anda ke sekolah, atau bermain bersama mereka di taman permainan.

Para pengkaji telah mendapati yang Jepun mempunyai kadar pelajar berjalan dan berbasikal ke sekolah yang sangat tinggi berbanding negara lain.

Secara langsung menyumbang kepada mengapa Jepun mempunyai kadar kanak-kanak obese yang rendah.

Menurut WHO atau World Health Organization, aktiviti fizikal yang mencukupi ketika seseorang berusia 5 hingga 17 tahun adalah penting bagi tumbesaran tulang, otot, sendi, sistem kardiovaskular, koordinasi, kawalan pergerakan, serta kesihatan mental dan emosi.

Anak-anak dilahirkan untuk suka berlari, bergerak dan melompat. Mereka akan lebih fokus, baik dan gembira di sekolah.

Bukan itu sahaja, kesihatan mereka juga akan lebih baik dan terjamin.

Memperibadikan Gaya Hidup Berkeluarga 

Biarkan mereka biasa dengan ikatan kekeluargaan, dari waktu makan hingga ke gaya hidup.

Waktu makan biarlah bersama seluruh ahli keluarga sekerap mungkin. Amalkan masakan yang sihat, sedap dan menyeronokan supaya menjadi contoh kepada mereka.

Malah, libatkan anak-anak dalam proses menyediakan makanan untuk keluarga.
Menurut kajian, dengan melibatkan mereka di dapur, ia akan membantu diet mereka.

Ini kerana mereka terikut dengan tabiat anda yang suka menyediakan makanan sihat untuk mereka.
Terdapat satu kajian yang menunjukan bahawa kanak-kanak yang makan di dalam keadaan dikelilingi keluarga yang positif mempunyai risiko obesiti yang lebih rendah.

Jadi, biarpun jadual anda penuh dan padat, tidak rugi untuk kita sebagai ibu bapa cuba sedaya upaya kita untuk mendapatkan masa makan bersama mereka.

Hasilnya sangat besar!

Jangan Malu Untuk Mengawal

Ya, memang ramai ibu bapa yang tidak selesa menjadi ‘pengawal’ terhadap anak mereka.
Namun, sebenarnya anda boleh menjadi ‘boss’ kepada anak anda, tetapi dengan pendekatan yang lebih lembut.

Daripada menggunakan ayat ‘sebab ibu/ayah cakap tak boleh‘ kepada, ‘kan lebih baik begini‘.
Dengan cara begini, anak anda akan melihat anda bukan sebagai seseorang yang cuba mengawalnya, tetapi membantu mereka membuat pilihan lebih baik.

Namun, anda harus tegas dengan saranan anda terhadap mereka.

Mereka akan lebih mudah menerima jika cadangan anda disampaikan dengan sebab mengapa dan bukanlah paksaan mereka menerima pilihan anda.

 

KAMI BERIKAN BERITA GEMBIRA UNTUK SI MANJA ANDA!


Setiap hari kian mencabar sistem imun anak-anak kita. Semakin moden kehidupan kita maka kita tak boleh bergantung pada cara melindungi anak-anak kita dengan cara yang sama.

Kuman & bakteria sentiasa berevolusi maka pemakanan kesihatan pun perlu berevolusi!

Qaseh Gold Junior juga berevolusi dengan kandungan FORMULASI DIPERTINGKATKAN untuk melindungi anak-anak yang aktif membesar dengan perlindungan sistem imun setiap hari.

Perhatian kami pastinya yang terbaik buat mereka supaya ibu bapa juga senang hati dan gembira! 


Maka lahirlah QASEH GOLD JUNIOR EDISI OMAR & HANA yang semestinya kami sediakan yang terbaik untuk anak-anak.