Makanan Yang Perlu Diberi Fokus Buat Anak-Anak Menghadapi Peperiksaan

"Berjaga malam, stress, tak makan dan tak jaga makan hanya akan membebankan minda untuk lebih fokus dan keupayaan untuk beri perhatian, memproses maklumat dan fungsi otak"

-Roxanne Fisher, Health Editor.

Diet pemakanan calon peperiksaan paling diabaikan ketika mereka menghadapi peperiksaan. Sama ada calon yang mengabaikan atau ibu bapa yang terlalu memberi penekanan 100% kepada ulangkaji semata-mata. Memilih makanan yang boleh kenyang sahaja boleh beri kesan untuk score. Study, tusyen dan semua sudah buat tapi bila waktu peperiksaan, blurr. Salah makan sebenarnya boleh menyebabkan anak-anak hilang fokus untuk score dalam peperiksaan.
Ibu-ibu yang rancang diet pemakanan yang sesuai untuk anak-anak yang sedang hadapi peperiksaan sangat membantu mereka untuk score dalam peperiksaan. Anak-anak dah berusaha sehabis baik, ibu bapa juga ada persediaan yang perlu dilakukan juga, tau. Pepatah barat ada mengatakan, “Failing to plan is planning to fail.

Ini beberapa bentuk makanan yang perlu diberi fokus untuk anak-anak  yang calon peperiksaan.


SEMASA ULANGKAJI

Semasa anak-anak ulangkaji subjek peperiksaan, sediakan makanan atau snek ringan yang mengandungi karbohidrat yang rendah Glycemic Index (Low-GI).

Contoh makanan yang Low-Gi seperti pasta, nasi perang, roti Wholegrain, keledek dan lain-lain. Memang tahu Low-GI memang bagus tapi anak-anak tak makan? Jawapannya, be creative. Contohnya keledek bakar, bakar roti wholegrain untuk dimakan dengan telur. Sedap!



Karbohidrat Low-GI ialah karbohidrat yang menyediakan bekalan glukosa yang konsisten dan stabil. Ini bermaksud anak-anak tidak mudah atau cepat letih.

Snek makanan seperti muffin, cup cake dan kek memang akan memberikan tenaga segera dan percayalah selepas beberapa ketika anak-anak akan mula hilang fokus kerana perut akan mula terasa kosong dan akan mula mahu makan lagi dan lagi .


MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

Tidur mesti cukup. Otak perlu proses segala maklumat yang telah diulangkaji dan cara yang terbaik adalah TIDUR.

Sebelum tidur, MESTI elak kandungan yang tinggi gula dan lemak. Tolong, jangan beri makanan seperti pizza, kek, biskut dan lain-lain kerana akan merosakkan waktu tidur anak-anak yang akan hadapi peperiksaan pada esok hari.

Iyalah, ibu bapa pun rasa kasihan kepada anak-anak terutama calon UPSR penat ulangkaji nak makan sesuatu yang manis, boleh beri tapi dalam amaun yang kecil. Bukan satu bar cokelat, ya.



Kenapa tidak boleh terlalu banyak? Sebab jika terlalu banyak amaun yang sepatutnya hanya akan membuatkan anak-anak rasa lebih letih bila bangun keesokan hari untuk ke dewan peperiksaan.



HARI PEPERIKSAAN

Calon peperiksaan mesti makan sarapan. Otak memerlukan tenaga dari makanan untuk berfungsi dengan cekap jadi anak-anak mesti sarapan. Nasi putih seperti nasi lemak dan kentang goreng amat tidak sesuai untuk hari peperiksaan kerana kandungan karbohidrat yang tinggi akan membuatkan calon rasa lebih sleepy dari alert. Nak makan nasi lepas habis peperiksaan, boleh sangat.

Ibu bapa pastikan anak-anak ada bekalan air yang cukup. Dehidrasi atau kurang air dalam badan hanya menyebabkan calon peperiksaan hilang fokus, rasa mahu pitam dan hilang tenaga secara beransur-ansur. Nak minum air tak semestinya bila dahaga. Minum bila dahaga maksudnya badan kekurangan air. Minum air terlalu banyak pun tidak bagus, nanti calon akan kerap ke tandas pula.

Sediakan snek untuk anak-anak terutama yang mempunyai kertas peperiksaan lebih dari satu. Buah-buahan adalah snek terbaik. Macam mana dengan kek pisang? Kek pisang bukan pisang, ya. Tidak sama dengan makan pisang dan lebih baik makan pisang.



Dinasihatkan ambil nutrisi tambahan. Kebanyakkan murid-murid dan pelajar tidak ambil berat tentang nutrisi makanan dalam diet harian. Ini adalah peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mendapat nutrisi asas harian yang cukup. Pertimbangkan untuk pengambilan makanan tambahan harian seperti Vitamin B baik untuk menguatkan  fungsi otak. Zat besi, kalsium dan zink boleh meningkatkan badan untuk menangani stress.

Akhir sekali, Selamat Maju Jaya buat anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan. Ingatlah, peperiksaan adalah sebuah pengembaraan mematangkan diri dalam membuat keputusan bukan penentu kehidupan.




No comments:

Post a Comment